BERITA SEMASADALAM NEGERI

AS beri jaminan tahanan Global Sumud Flotilla dari Malaysia dibebaskan

KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan bahawa semua 23 rakyat Malaysia yang ditahan kerana menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) akan segera dibawa pulang ke tanah air dengan keselamatan terjamin.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak Kedutaan AS, hari ini.

Menurutnya, pihak kedutaan akhirnya menerima memorandum yang gagal diserahkan semalam.

“Kedutaan memberi jaminan seluruh warganegara Malaysia yang kini ditahan akan dibawa pulang dalam kadar segera dengan jaminan keselamatan penuh,” katanya kepada pemberita semasa perhimpunan di hadapan Kedutaan AS di ibu negara hari ini.

Turut hadir pada himpunan tersebut ialah bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, pendakwah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri.

Semalam, 23 rakyat Malaysia antara ratusan yang ditahan tentera laut Israel di perairan antarabangsa ketika menyertai konvoi flotila menuju ke Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan.

GSF dalam kenyataannya memaklumkan lebih 46 kapal dengan penyertaan 450 aktivis dari 47 negara ditahan sebelum dipindahkan ke Pelabuhan Ashdod, selatan Israel.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button