JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita bawah pengaruh dadah serang polis guna pisau ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita di bawah pengaruh dadah ditahan selepas bertindak agresif dengan menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau di Chan Sow Lin, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian apabila sepasukan polis cuba menangkap wanita berusia 20-an itu, pada pulkul 3.45 petang.

“Ketika proses tangkapan, suspek bertindak agresif dengan mengambil sebilah pisau lalu menyerang anggota polis.

“Hasil semakan lanjut bagaimanapun mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek disahkan positif ketamin.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera menggunakan senjata, dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button