Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah zahir ucapan Selamat Hari Malaysia
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Malaysia sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keberkatan Allah SWT.
“Mendoakan agar Malaysia sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keberkatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dikurniakan keamanan yang berpanjangan serta dilindungi daripada segala bentuk musibah,” menurut hantaran itu.
Dalam hantaran itu, Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa syukur atas nikmat perpaduan dan keharmonian yang sekian lama terjalin dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Ucapan itu dizahirkan sempena sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati pembentukan Malaysia pada 1963.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








