Wanita maut dipercayai dipukul, teman lelaki ditahan
CYBERJAYA – Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun selepas teman wanitanya meninggal dunia dipercayai akibat dipukul dalam kejadian di Penampang, Sabah.
Siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada salah faham antara pasangan berkenaan pada 31 Ogos lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa wanita berusia 44 tahun itu dipercayai dipukul sebelum pengsan, lapor The Borneo Post.
Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Susulan kejadian, polis menahan teman lelaki mangsa selepas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah menjalankan siasatan dan pemeriksaan di lokasi kejadian bersama pasukan forensik Polis Sabah.
Beberapa barangan dan sampel yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu turut dirampas untuk dianalisis secara forensik.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Hairie Akub, di talian 016-8032849 atau mana-mana balai polis berhampiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







