Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS tergendala akibat pokok tumbang
KUALA LUMPUR – Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren bagi Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) tergendala hari ini berikutan pokok tumbang antara laluan Kepong dan Rawang.
KTMB dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik, yang mana perkhidmatan tren komuter dan ETS di laluan terbabit mengalami kelewatan melebihi 60 minit.
Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dilakukan.
“Sebarang bantuan lanjut, sila rujuk kakitangan stesen bertugas. Maklumat terkini perkhidmatan tren akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
“KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi,” menurut kenyataan itu, hari ini.
KTMB turut berkongsi video insiden di akaun Facebook miliknya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








