BERITA SEMASA

Rakan terkejut Atikah Sofiya maut bersama suami, anak selepas saksi perarakan Hari Kebangsaan

TEMERLOH – Kegembiraan menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026 bertukar tragedi apabila tiga sekeluarga antara empat individu maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), arah Lanchang menghala Kuantan, malam tadi.

Kesedihan itu dikongsi seorang pengguna media sosial, Syazana Syariff menerusi hantaran di Threads selepas mendapat berita pemergian rakannya, Atikah Sofiya Mohd Kazwan, 32, bersama suami, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, dan anak mereka dikenali sebagai Arman.

lpt
Allahyarham Muhammad Nazatullah bersama isterinya, Atikah Sofiya dan anak mereka, Arman di Dataran Putrajaya semalam.

“Ya Allah, sumpah tak boleh brain, baru tahu kawan aku meninggal. Suami isteri dengan anak sekali.

“Semalam pergi tengok perarakan dekat Dataran (Putrajaya). On the way balik accident. My roommate, my housemate, classmate,” katanya.

Menurut Syazana, arwah rakannya itu juga pernah memberitahu hasrat untuk menghadiri majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung.

“Last message dia bulan lepas cakap nak datang wedding saya. Sumpah sedih gila,” katanya yang turut berkongsi tangkap layar dan video status WhatsApp Allahyarham Atikah Sofiya.

lpt
Tangkap layar status WhatsApp saat-saat gembira Atika Sofiya dan anaknya, Arman menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 10.44 malam.

Katanya, kemalangan berkenaan membabitkan dua Proton Saga, dua Perodua Myvi, Toyota Alphard, bas ekspres, Proton S70, lori tangki, Honda CR-V, Toyota Hilux dan Perodua Aruz.

Kemalangan itu turut mengakibatkan empat lagi individu cedera. Siasatan lanjut berhubung punca kejadian sedang dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button