JENAYAH & MAHKAMAH

Bangunan GiatMARA Kuching musnah dalam kebakaran

KUCHING – Bangunan GiatMARA Kuching di Taman Budaya, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.15 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan kemudian dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati api sedang marak memusnahkan bangunan berkenaan.

“Operasi pemadaman dijalankan secara ofensif menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan empat nozel bagi menyekat kemaraan api,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi turut mendapat bantuan anggota dari BBP Batu Lintang dan BBP Tabuan Jaya, menjadikan keseluruhan 23 anggota terbabit dalam usaha memadam kebakaran.

Katanya, pelbagai aset turut digerakkan termasuk dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah lori tangki.

“Operasi berdepan kesukaran berikutan tiada pili bomba di kawasan berhampiran,” katanya.

Api berjaya dikawal pada pukul 12.08 tengah malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.41 pagi.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button