[VIDEO] Bekas pegawai adat Sabah, 3 lagi direman bantu siasatan kes rasuah jual beli tanah
PUTRAJAYA – Seorang bekas pegawai adat di Sabah dan tiga lagi individu direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000 sebagai balasan membantu urusan jual beli tanah di negeri itu.
Perintah reman selama tujuh hari sehingga 27 Ogos 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Flavian Edward Henry selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Keningau, pagi tadi.
@malaysiatribune Seorang bekas pegawai adat di Sabah dan tiga lagi individu direman selama tujuh hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000 sebagai balasan membantu urusan jual beli tanah di negeri itu. Menurut sumber, suspek yang merupakan bekas pegawai adat dan penjawat awam dipercayai menerima rasuah daripada dua broker tanah sebagai balasan membantu melancarkan urusan jual beli tanah yang dikendalikan oleh kedua-dua broker berkenaan. #malaysiatribune
♬ Minimal for news / news suspense(1169746) – Hiraoka Kotaro
Menurut sumber, semua lelaki berusia 30 hingga 60-an itu ditahan antara pukul 4 petang dan 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Keningau.
“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025.
“Suspek yang merupakan bekas pegawai adat dan penjawat awam dipercayai menerima rasuah daripada dua broker tanah sebagai balasan membantu melancarkan urusan jual beli tanah yang dikendalikan oleh kedua-dua broker berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati tanah yang terlibat dalam urusan tersebut merupakan milik individu lain dan tidak pernah ditawarkan untuk dijual,” kata sumber itu, hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 dan 18 Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







