‘Sumpah trauma’ – Ibu hamil dakwa jumpa ulat dalam coklat
KUALA LUMPUR – Seorang wanita hamil mendakwa menemukan objek dipercayai ulat dalam coklat yang sedang dimakannya, sekali gus menyebabkan dia trauma untuk menikmati makanan berkenaan.
Wanita yang menggunakan nama pengguna @Najwaaasrah di Threads itu berkata, kejadian disedarinya ketika coklat berkenaan hanya berbaki dua bar untuk dihabiskan.
Menurutnya, dia terkejut selepas melihat keadaan bahagian dalam coklat yang kelihatan seperti berhabuk dan dipercayai mengalami kebocoran pada pembungkus.
“Dah tinggal sikit baru perasan. Tengok balik dalam plastik coklat itu memang nampak macam dah berhabuk, mungkin ada bocor.
“Dah la tengah hamil, harap tak ada apa-apa. Sumpah trauma dah makan coklat ini,” katanya menerusi hantaran yang tular.
Dalam hantaran sama, wanita terbabit turut berkongsi rakaman yang menunjukkan keadaan coklat berkenaan dengan objek kecil dipercayai ulat pada bahagian dalamnya.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads apabila beberapa individu mendakwa pernah mengalami kejadian hampir sama membabitkan produk coklat, termasuk daripada jenama berbeza.
Seorang pengguna, @Aidil_kentang mendakwa pernah menemukan ulat dalam kesemua enam coklat yang dibelinya sebelum ini.
“Saya pernah kena, tetapi coklat jenama lain. Beli yang enam ketul, kesemua enam ketul itu berulat. Tetapi masa itu zaman WeChat, belum zaman viral lagi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








