ONE Championship: Johan Ghazali buat penampilan pertama jumpa Edgar Tabares
KUALA LUMPUR – Atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, akan melakukan penampilan pertamanya dalam Primtime US, ONE Championship pada 8 Disember depan.
Pada hari berkenaan, bintang yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Jojo’ akan bertarung menentang juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares, dalam pertarungan ONE Fight Night 17.
Kedua-dua petarung itu akan bertembung dalam acara flyweight di Stadium Tinju Limpinee di Bangkok, Thailand.
Terdahulu, Jojo yang membuat penampilan sulungnya dalam ONE Championship pada Februari lalu di selepas mengambil masa hanya 16 saat untuk menumbangkan lawan dengan pukulan KO.
Selain itu, Johan menewaskan Padetsuk Fairtex yang berusia 18 tahun dalam kategori flyweight One Championship.
Untuk rekod, pada tahun lalu Johan menjuarai Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 yang berlangsung di laman sendiri selepas menumbangkan peserta Russia, Rustam Yunusob dalam kategori 14 hingga 15 tahun (bawah 60 kilogram) dengan kiraan mata 20-18.