BERITA SEMASA

Negeri Sembilan tarik balik dua darjah kebesaran Rais Yatim

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menarik balik dua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Tan Sri Dr Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat atas titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut beliau, penarikan balik tersebut melibatkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) yang dikurniakan kepada Rais pada tahun 2001 serta Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) yang diterimanya pada tahun 1979.

“Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) (2001) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) (1979) kepada Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak memperincikan sebab atau alasan penarikan balik kedua-dua darjah kebesaran berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button