BERITA SEMASA

‘Tiada pelantikan EXCO baharu’ – MB Negeri Sembilan

Tugas dipangku 6 EXCO sedia ada

SEREMBAN – Empat kekosongan dalam barisan EXCO Negeri Sembilan akan diisi oleh enam EXCO sedia ada bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar seperti biasa.

Perkara itu disahkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, hari ini.

“Tiada (pelantikan) EXCO baharu. Kita telah bersetuju supaya tugasan itu dipangku EXCO sedia ada. Ia tidak akan diisi,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Jawatan itu membabitkan EXCO Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa dan Perladangan dan Komoditi serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, yang sebelum ini disandang Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Selain itu jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Modal Insan, Datuk Ismail Lasim; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Datuk Mustapha Nagoor dan Pengerusi Jawatankuasa Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Datuk Mohd Faizal Ramli.

Pada 27 April lalu, 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan kepada Aminuddin, sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri selepas dipercayai kecewa dengan krisis adat dan perlembagaan yang berlaku di negeri ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button