BERITA SEMASAPOLITIK

Empat Exco BN N9 akan diganti ADUN BN baharu?

SEREMBAN – Desas-desus empat jawatan Exco Negeri Sembilan daripada Barisan Nasional (BN) akan digantikan calon BN yang baharu semakin hangat diperkatakan, sekali gus mencetuskan tanda tanya terhadap kedudukan pentadbiran negeri ketika ini.

Spekulasi itu timbul susulan tindakan empat Exco daripada UMNO yang dilaporkan telah memulangkan aset serta kenderaan rasmi semalam, sekaligus mencetuskan andaian bahawa rombakan barisan pentadbiran negeri bakal berlaku dalam masa terdekat.

Memetik laporan Malaysia Gazette, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dipercayai akan mengisi kekosongan tersebut.

Terdapat juga dakwaan proses penggantian exco berkenaan sudah mendapat persetujuan awal hasil pertemuan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, namun belum disahkan secara rasmi.

Antara nama yang mula menjadi sebutan ialah ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Mohd Amin yang kini memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri.

Selain Asna, dua lagi calon dari parti itu yang dikaitkan adalah ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dan ADUN Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan laporan bahawa beliau sudah melantik barisan Exco baharu bagi mengisi kekosongan empat jawatan yang ditinggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas 14 ADUN parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button