POLITIK

Doa Muhyiddin terhadap Najib petanda baik – penyokong Bossku

KUALA LUMPUR – Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak atau Bossku mahu bekas Perdana Menteri itu melupakan masalah lama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bergerak bersama-sama demi negara dan rakyat.

Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menitipkan doa kesembuhan kepada bekas Presiden UMNO yang dijangkiti Covid-19 dilihat memberi terjemahan bahawa kedua-dua pemimpin itu dalam hubungan baik.

“Penantian tujuh tahun antara Muhyiddin dan Najib, hari ini terlerai apabila Muhyiddin bertanya perkhabaran Najib. Ini satu signal kita iaitu UMNO bersama PN.

“Kita harus bersama, yakinlah keadilan untuk Najib tak akan tercapai dalam kerajaan sekarang tapi dalam kerajaan PN, kita tunggu pilihan raya umum (PRU) akan datang tapi momentum harus kita mainkan dari sekarang,” katanya dalam satu hantaran video menerusi TikTok.

Dalam pada itu, Syed Imran juga yakin negara akan menjadi lebih hebat jika dua figura ini bergabung.

Syed Imran berkata, penyokong Bossku yakin UMNO akan kembali kuat dengan gabungan baharu itu.

Mengulas lanjut, beliau juga mengajak Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama-sama dengan PN.

Katanya, dengan gabungan yang kuat ini, apabila tiba Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti hanya akan pertembungan antara GPS dan DAP.

Semalam, Najib dilaporkan dijangkiti Covid-19 dan susulan itu beliau yang kini sedang menjalani hukuman penjara dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button