BERITA SEMASA

Polis KL adakan perhimpunan bulanan waktu malam, selari penugasan 24 jam

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengambil pendekatan berbeza apabila mengadakan perhimpunan bulanan pada waktu malam, selaras dengan realiti tugas pasukan itu yang beroperasi tanpa henti sepanjang 24 jam.

Perhimpunan yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur malam tadi menghimpunkan kira-kira 1,100 pegawai kanan polis, pegawai rendah polis serta kakitangan awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kelainan itu dibuat bagi mencerminkan hakikat bahawa sebahagian besar kejadian jenayah di ibu negara berlaku pada waktu malam, selain banyak operasi, risikan dan siasatan turut dilaksanakan pada tempoh tersebut.

polis
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus. – Foto Facebook Polis KL

Menurut beliau, penganjuran perhimpunan pada waktu malam juga bertujuan membudayakan semangat kerja yang lebih proaktif dalam kalangan warga Polis Kuala Lumpur, sejajar cabaran menjaga keselamatan di bandar raya yang sentiasa hidup.

“Dengan membawa perhimpunan sebegini, ia akan menjadikan budaya aktif waktu malam itu lebih agresif, selari dengan konsep ‘Kuala Lumpur That Never Sleeps’,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur, malam tadi.

Beliau berkata, langkah itu turut menjadi simbol komitmen Polis Kuala Lumpur dalam memperkukuh kesiapsiagaan anggotanya bagi menghadapi cabaran keselamatan yang sentiasa berubah, khususnya pada waktu malam.

Dalam pada itu, Fadil memberi jaminan bahawa penganjuran perhimpunan berkenaan tidak menjejaskan penugasan harian pegawai dan anggota polis dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam di ibu negara terus terpelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button