PRN Negeri Sembilan: Aziz Bari ingatkan Tok Mat supaya berhati-hati, PM ada kuasa pecat mana-mana menteri
KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari, mengingatkan Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya lebih berhati-hati ketika berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tanggungjawab anggota pentadbiran kerajaan.
Aziz berkata, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, kini berada dalam dilema kerana bertanding dalam PRN Negeri Sembilan sambil memegang jawatan sebagai menteri Kabinet.
“Tok Mat memang berada dalam dilema yang sebenar. Dengan kenyataan Perdana Menteri dan kedudukannya sebagai calon PRN Negeri Sembilan, ia meletakkannya dalam keadaan yang janggal,” katanya.
Beliau mengulas peringatan Anwar kepada semua calon yang memegang jawatan sebagai menteri, timbalan menteri atau ketua agensi supaya bebas berkempen mengenai isu negeri, namun perlu meletakkan jawatan sekiranya memilih untuk menyerang Kerajaan Persekutuan.

Menurut Aziz, Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa anggota Jemaah Menteri terikat dengan prinsip tanggungjawab bersama, yang membawa implikasi besar terhadap tindakan mereka.
Aziz turut berpandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berada dalam kedudukan lebih selesa kerana tidak bertanding dalam PRN kali ini.
“Zahid lebih berhati-hati dalam kenyataannya, berbeza dengan Mohamad yang lebih lantang. Beliau perlu membuat pilihan sama ada kekal dalam Kabinet atau terus menjadi calon PRN,” katanya.
Beliau turut merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang menyatakan pelantikan seseorang sebagai menteri Kabinet adalah hak prerogatif Perdana Menteri, sambil mengingatkan bahawa “jika rakyat sudah tidak mahukan anda, mengapa perlu menunggu lagi,”katanya.
Aziz menyifatkan tindakan pemimpin UMNO itu meletakkan Perdana Menteri dalam kedudukan yang sukar.
“Sebagai ahli politik berpengalam
an, mereka sepatutnya memahami implikasi keputusan yang dibuat. Pada ketika ini, kedudukan mereka sudah jelas dan tindakan yang sewajarnya juga jelas,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana UMNO dapat mengelakkan serangan terhadap Kerajaan Persekutuan jika parti itu mahu mempromosikan kerjasama antara UMNO dan PAS sepanjang kempen.
Selain itu, Aziz turut membangkitkan persoalan mengapa bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tidak dipilih sebagai calon PRN Negeri Sembilan walaupun sebelum ini disebut-sebut sebagai antara wajah utama kempen Barisan Nasional.
“Melihat kepada kedudukan Khairy, beliau sebenarnya lebih sesuai bertanding kerana tidak akan berdepan isu perlembagaan seperti menteri Kabinet. Saya tertanya-tanya mengapa beliau tidak dipilih dan sama ada terdapat pihak tertentu yang menghalangnya,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk memecat mana-mana menteri sekiranya perlu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















