BERITA SEMASA
Mohamad Hasan, Khaled Nordin, Zambry bertukar portfolio
PUTRAJAYA – Tiga Menteri Kabinet daripada UMNO bertukar portfolio dalam senarai rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kini dilantik sebagai Menteri Luar manakala tempat beliau di Kementerian Pertahanan diambil alih Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin.
Dalam pada itu, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi menggantikan tempat Khaled.
Sementara itu Datuk Seri Ahmad Maslan juga bertukar portfolio daripada Timbalan Menteri Kewangan kepada Timbalan Menteri Kerja Raya menggantikan Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








