Perikatan Nasional umum calon baki 11 kerusi DUN Negeri Sembilan
SEREMBAN – Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan calon bagi baki 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, sekali gus menjawab teka-teki berhubung kerusi yang tidak diumumkan Barisan Nasional (BN) semalam.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pengisytiharan Calon Perikatan Nasional bagi PRN Negeri Sembilan ke-16 di Kompleks PAS Negeri Sembilan, di sini, hari ini.
Antara calon yang diumumkan ialah Danii Rais bagi DUN Klawang, Mohamad Rafie Ab Malek (Ampangan), Kumar Paramasevam (Lobak), Razali Abu Samah (Sikamat), Erik Michael (Mambau), Lee Boon Shian (Bukit Kepayang) dan Sathes Kumar Nilameham (Lukut).
PN turut mengekalkan empat penyandangnya iaitu Mohd Fairuz Mohd Isa di DUN Serting, Kamarol Ridzuan Mohd Zain (Paroi), Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang) dan Ridzuan Ahmad (Gemas).
Semalam, BN mengumumkan calon bagi 25 daripada 36 kerusi DUN yang akan ditandinginya pada PRN Negeri Sembilan, manakala baki 11 kerusi tidak diumumkan ketika itu.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memaklumkan pengumuman calon bagi baki kerusi berkenaan akan dibuat oleh pihak lain yang menjalinkan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








