
PRN: Gerakan akan bertanding di 36 kerusi DUN
KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan meletakkan calon di 36 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos nanti.
Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau berkata, parti tersebut akan bertanding di empat negeri bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) iaitu di Kedah (3), Pulau Pinang (19), Selangor (8) dan Negeri Sembilan (6).
Sementara itu, difahamkan Dominic akan bertanding di DUN Bukit Tengah, Pulau Pinang.
“Ya… sudah pasti saya akan bertanding kerana saya anak kelahiran Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar di Menara Gerakan, di sini hari ini.
Beliau turut mengakui ia adalah pencapaian tertinggi Gerakan yang meletakkan calon ketika bersama PN iaitu 20 kerusi Parlimen dan 63 kerusi DUN berbanding ketika bersama Barisan Nasional (BN) iaitu sebanyak 13 kerusi Parlimen dan 33 kerusi DUN pada PRU14.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








