BERITA SEMASA

Sultan Ibrahim titip pesan kepada MB Johor: Jalankan amanah rakyat dengan dedikasi, integriti

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Johor Bahru, hari ini.

Pertemuan itu memberikan peluang kepada baginda untuk mendengar taklimat serta perkembangan terkini berkaitan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor susulan selesainya Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 baru-baru ini.

Dalam sesi mengadap tersebut, Onn Hafiz turut mempersembahkan laporan mengenai hala tuju pentadbiran dan perancangan pembangunan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Sultan Ibrahim dalam pertemuan itu turut menitipkan pesanan supaya kerajaan negeri yang mendapat mandat penuh daripada rakyat agar sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berintegriti serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap dasar dan inisiatif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button