Sultan Ibrahim selamat tiba di tanah air
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat tiba di tanah air pagi tadi, selepas menjalani rawatan di luar negara.
Pesawat khas Seri Paduka Baginda selamat mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, pukul 7 pagi tadi.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan pegawai-pegawai Istana Negara.
“Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda,” kata satu hantaran di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Terdahulu, baginda berangkat ke luar negara pada 18 Februari lalu bagi menjalani rawatan kesakitan muskulosletal (otot dan tulang).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








