Sultan Ibrahim kurnia 100 ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha bulan depan.
Seri Paduka Baginda turut menitahkan supaya daging korban tersebut diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.
Pengurniaan itu dimaklumkan dalam satu hantaran di akaun Facebook milik baginda, hari ini.
Hantaran sama turut berkongsi beberapa gambar, antaranya memaparkan Seri Paduka Baginda berkenan melafazkan niat korban, yang dipimpin Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh.
“Semoga ibadah ini diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat,” doanya.
Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan tahun ini, Sultan Ibrahim turut berkenan mewakilkan kepada urusetia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan ibada korban itu bagi pihak Seri Paduka Baginda.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








