BERITA SEMASA

Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda, KL

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah masjid baharu untuk penduduk di kawasan Batu Muda, di sini hari ini.

Titah baginda disampaikan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud yang diperkenankan mengadap di Istana Bukit Tunku, hari ini.

Menurut baginda, tapak masjid seluas dua ekar terletak berhampiran PPR Batu Muda dan telah lama menjadi hajat baginda untuk direalisasikan bagi manfaat penduduk tempatan.

“Sudah lama saya menyimpan hajat untuk memberi sebuah masjid kepada penduduk di sekitar Kuala Lumpur.

“Setelah berbincang dengan Datuk Bandar, hari ini pada Jumaat yang mulia, hajat ini dapat dizahirkan,” titah baginda dalam satu hantaran menerusi laman Facebook hari ini.

Dalam pada itu baginda turut bertitah, seluruh kos pembinaan masjid akan ditanggung sendiri dan reka bentuknya akan diambil berasaskan Masjid Kampung Mahmoodiah di Johor Bahru.

Agong berkenan kurnia masjid baharu di Batu Muda, KL
Masjid Kampung Mahmoodiah

“Semoga masjid ini memberi manfaat kepada semua, dunia dan akhirat, insya-Allah,” tambah baginda lagi.

Pembinaan masjid baharu itu dijangka menjadi mercu tanda komuniti dan pusat ibadah yang selesa bagi penduduk Batu Muda, selain memudahkan golongan warga emas dan keluarga setempat menunaikan solat berjemaah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button