JENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru lelaki melucah dalam masjid

SEGAMAT – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dirakam melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memandang seorang wanita yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid di Bukit Siput, di sini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 40 tahun berhubung kejadian itu pada pukul 6.29 petang semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, mangsa sedang menunaikan solat Dhuha sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang berada dalam keadaan separuh bogel dan melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memandang mangsa.

Menurutnya, mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri bertindak melarikan diri dari masjid berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian berjaya merakam perbuatan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, suspek dipercayai lelaki warga asing berusia lingkungan 30 tahun, berbadan kurus dan berkulit cerah.

Katanya, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button