Agong zahir ucapan Selamat Hari Ibu
KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Ibu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan baginda kepada semua wanita yang bergelar ibu.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim hari ini, Seri Paduka Baginda turut menitipkan ucapan selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.
Titah baginda, menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu bukanlah amalan bermusim atau terikat pada tarikh tertentu sahaja.

“Sebagaimana dititikberatkan dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW bahawa ibu adalah insan yang mulia, diperintahkan Allah untuk berbuat baik kepadanya.
“Begitu juga berbakti kepada ibu kerana syurga berada di bawah kedua kakinya,” titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim bertitah lagi, baginda sentiasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan seorang isteri yang amat penyayang kepada anak-anak.
“Begitu besar pengorbanan serta kasih sayang dicurahkan Raja Zarith dalam membesarkan mereka.
“Semoga Allah SWT juga sentiasa merahmati Almarhumah bonda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Al-Fatihah,” titah baginda.
Melalui hantaran itu, Sultan Ibrahim turut berkongsi beberapa keping gambar keluarga baginda bersama Raja Zarith Sofiah dan
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








