BERITA SEMASA

Sultan Ibrahim terima menghadap Menteri Besar Johor di Istana Pasir Pelangi

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama beberapa pegawai kanan Kerajaan Negeri di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Menerusi hantaran di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu turut disertai Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Asman Shah Abd Rahman; dan Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohammed Shakib Ali.

Pertemuan berkenaan mencerminkan hubungan erat antara Seri Paduka Baginda dengan Kerajaan Negeri Johor, selain menunjukkan keprihatinan Baginda terhadap hal ehwal pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button