Laporan RCI TH: ‘Kalau tak salah pertahankan, kalau salah dakwa’
TAMPIN – Mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini diharap akan memberi kata putus bagi mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyerahkan kepada orang ramai untuk membaca laporan berkenaan sekiranya ia didedahkan.
“Kalau tak salah, pertahankan. Kalau salah, dakwa. Kalau dihukum masuk penjara, masuk penjara. Itu bukan urusan saya.
“Sistem kita menetapkan siasatan itu (dibuat oleh) badan siasatan, buat pertuduhan itu (oleh) Peguam Negara, hukum (dibuat) para hakim,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika hadir pada Program Semarak Kenegaraan di Dewan Garisson, Kem Syed Sirajuddin di Gemas, hari ini.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Malek Razak Sulaiman.
Anwar dalam ucapannya turut menegaskan, sebagai Perdana Menteri, beliau juga harus jujur dan memastikan segala proses berkaitan yang dilaksanakan perlu mengikut proses Perlembagaan dan peraturan ditetapkan.
“Saya singgung (sentuh) hal (RCI TH) ini kerana negara bagi saya tidak mungkin pertahan keamanannya kalau orang diamanahkan itu mengkhianati amanah,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








