BERITA SEMASAPMX

PM arah lepaskan segera tindakan disiplin mahasiswa kerana kritik pimpinan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya tindakan disiplin terhadap mahasiswa yang dikenakan hukuman semata-mata kerana menyuarakan pandangan atau kritikan terhadap pimpinan negara dilepaskan serta-merta.

Anwar berkata, universiti mesti kekal sebagai medan ilmu, pemikiran dan perbahasan yang bebas, selain perlu melonggarkan kekangan birokrasi bagi memastikan pendidikan tinggi negara terus berkembang.

“Saya juga telah mengarahkan agar tindakan disiplin terhadap mahasiswa yang dikenakan hukuman semata-mata kerana menyuarakan pandangan atau kritikan kepada pimpinan negara dilepaskan serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di sosial media selepas menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13 di Universiti Malaya, malam ini.

Menurut beliau, negara tidak boleh terus bergerak menggunakan kerangka lama ketika dunia pendidikan, ilmu dan teknologi berubah begitu pantas, sekali gus menuntut langkah berani untuk melakukan perubahan besar.

Sehubungan itu, beliau menekankan keperluan membentuk kerangka baharu Akta Pendidikan Tinggi yang selari dengan aspirasi transformasi pendidikan negara.

Anwar berkata, akta berkenaan tidak seharusnya menjadi instrumen untuk memperkukuh kuasa pihak luar terhadap dunia akademik.

Sebaliknya, katanya, ia perlu memberikan ruang lebih luas kepada universiti untuk mengurus tadbir secara berautonomi, memperkasa kebebasan akademik dan bertanggungjawab terhadap perkembangan ilmu.

“Universiti mesti menjadi medan ilmu, pemikiran dan perbahasan yang bebas, melonggarkan kekangan birokrasi dan berani melakukan perubahan agar pendidikan tinggi negara terus maju serta mampu membentuk masa depan Malaysia,” katanya.

pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 13, Pendidikan Masa Depan Negara dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, malam tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button