BERITA SEMASA

Laluan BSI, KSAB lancar, Saifuddin puji kecekapan pasukan AKPS

JOHOR BAHRU – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menzahirkan penghargaan kepada pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) susulan kelancaran aliran trafik di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), pagi ini.

Menerusi hantaran di Facebook Story miliknya, beliau memuji usaha warga AKPS yang memastikan pergerakan kenderaan di dua pintu masuk utama negara itu berjalan lancar.

“Good job team AKPS. Pagi ini laluan lancar di BSI & KSAB,” tulis beliau ringkas pada hantaran berkenaan.

Hantaran itu turut memaparkan keadaan trafik yang bergerak lancar di laluan pemeriksaan sempadan sekali gus mencerminkan kecekapan pengurusan operasi oleh AKPS dalam mengendalikan aliran keluar masuk pengguna di kedua-dua kompleks imigresen tersebut.

BSI dan KSAB merupakan antara pintu masuk darat paling sibuk di negara ini yang menghubungkan Johor Bahru dengan Singapura, dengan pengurusan trafik yang cekap menjadi keutamaan bagi mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button