Tiga warga asing mengemis di KLIA1 dicekup
KUALA LUMPUR – Tiga warga asing disyaki terbabit dalam aktiviti mengemis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) ditahan dalam operasi pemantauan ‘Ulat KLIA’, semalam.
Mereka terdiri daripada dua warga Algeria dan seorang warga Iraq yang dikesan menyalahgunakan pas lawatan untuk melakukan aktiviti tersebut.
Menurut kenyataan Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), tangkapan dibuat dengan kerjasama Pasukan Keselamatan KLIA (AVSEC) dalam operasi yang berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.
“Perbuatan mereka bukan sahaja melanggar syarat kemasukan ke Malaysia, malah menjejaskan imej negara dan mengganggu keselesaan penumpang,” katanya.
Ketiga-tiga suspek diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor untuk siasatan lanjut.
AKPS menegaskan pihaknya memandang serius sebarang pelanggaran permit atau penyalahgunaan pas pelawat khususnya aktiviti yang mencemarkan nama baik negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








