BERITA SEMASA

Skim Keilatan diperluas kepada pekerja asing, beri penjimatan 25.38 juta

PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil keputusan untuk memperluaskan Skim Keilatan kepada pekerja asing yang bekerja di negara ini, umum Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Menurut Steven Sim, perlindungan Skim Keilatan itu adalah bersifat 24 jam meliputi keilatan dan kematian atas pelbagai sebab kepada pekerja asing terbabit.

“Ada enam faedah kesemuanya iaitu faedah ilat, pencen ilat, bantuan ilat, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani, pencen penakat dan kemudahan pengurusan mayat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Mesyurakat Jawatankuasa bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia di Menara Perkeso di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,

Mengulas lanjut, Sim berkata, sekiranya berlaku keilatan di luar bencana kerja, ia tidak membabitkan kos penghantaran pulang jenazah yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan atau pihak majikan.

“Dengan adanya Skim Keilatan yang ditawarkan kepada pekerja asing, maka di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mereka akan mendapat RM4,500 untuk bantuan kos penghantaran pulang jenazah pekerja asing itu.

“Ini sudah tentu kita lihat daripada data dan statistik yang terkini, sebab sebelum ini Perkeso melaksanakannya secara tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya.

Beliau berkata, dengan adanya Skim Keilatan berkenaan, Perkeso mampu memperoleh penjimatan kira-kira RM25.38 juta setahun.

Untuk rekod, kebajikan pekerja tempatan termaktub di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau Akta 4 iaitu Skim Bencana Pekerja dan Skim Keilatan, manakala pekerja asing hanya ada Skim Bencana Pekerja.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button