BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kajian semula umur persaraan ambil kira keseimbangan peluang pekerjaan – Steven Sim

KUALA LUMPUR – Sebarang kajian semula terhadap had umur minimum persaraan akan mengambil kira keperluan mewujudkan keseimbangan antara mengekalkan tenaga kerja berpengalaman dan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda.

Menteri Sumber Manusia , Steven Sim berkata, pendekatan holistik perlu diambil dalam membentuk kerangka dasar jangka panjang sebelum sebarang perubahan dilaksanakan.

“Fokus utama adalah untuk memastikan wujud keseimbangan antara mengekalkan tenaga kerja berpengalaman dan membuka peluang kepada generasi muda bagi mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan mereka,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Riduan Rubin (BEBAS-Tenom) berhubung rasional empirikal dan kerangka dasar jangka panjang KESUMA dalam mengkaji semula had umur persaraan supaya ia tidak meningkatkan tekanan berganda terhadap peluang pekerjaan anak muda.

Menurut Sim, antara faktor yang diambil kira termasuk peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia, tahap kesihatan dan produktiviti pekerja warga emas, keperluan guna tenaga nasional serta kadar pengangguran dalam kalangan belia.

Jelas beliau, had umur persaraan di bawah Akta Umur Persaraan Minimum 2012 [Akta 753] menetapkan usia minimum untuk seseorang pekerja dibersarakan adalah pada umur 60 tahun.

“Sehubungan itu, Akta ini tidak menghalang majikan sekiranya mereka berhasrat untuk menggajikan pekerja yang berusia melebihi umur 60 tahun atau melanjutkan perkhidmatan mereka,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button