20,141 guru baharu sudah ditempatkan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 20,141 guru baharu ditempatkan di sekolah rendah dan menengah seluruh negara tahun ini bagi mengisi kekosongan sedia ada.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, daripada jumlah itu seramai 10,045 guru baharu sudah selesai ditempatkan manakala bakinya daripada pasaran terbuka dan PISMP, akan mula ditempatkan di semua sekolah di bawah KPM, bulan depan.
“Sehingga 22 September 2025, seramai 10,045 orang guru baharu telah pun ditempatkan di sekolah KPM. Terkini, KPM sedang melaksanakan penempatan guru baharu daripada pasaran terbuka dan graduan PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan iaitu IPG (institut pendidikan guru), seramai 10,096 orang.
“Mereka akan ditempatkan pada November. Ia akan menjadikan jumlah yang telah dan akan ditempatkan pada tahun ini seramai 20,141 orang,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
KaH woh berkata demikian bagi menjawab soalan Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang meminta perincian jumlah kekosongan guru mengikut negeri dan opsyen mata pelajaran serta calon yang kini di masih dalam proses menunggu.
Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Taiping kemudian menambah, sehingga 31 Ogos 2025, penjawatan guru yang diluluskan adalah sebanyak 431,128.
Katanya, tiga negeri yang merekodkan pengisian paling tinggi adalah Putrajaya iaitu 100 peratus manakala Sabah (98 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (97.7 peratus).
“Empat negeri yang kadar pengisian di bawah 96 peratus adalah Johor iaitu 95.31 peratus manakala Pahang (95.47 peratus), Sarawak (95.93 peratus) dan Pulau Pinang, (95.97 peratu),” katanya.
Kah Woh turut mengakui terdapat keperluan bagi mata pelajaran tertentu di seluruh negara, terutama guru pendidikan khas bagi opsyen mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Islam danPendidikan Moral.
Beliau kemudian trut berkata, KPM komited untuk memastikan bilangan guru mencukupi di seluruh negara bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan sempurna.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








