BERITA SEMASA

Bayi lima bulan cedera dalam kemalangan dua kenderaan

SERI KEMBANGAN – Seorang bayi lelaki berusia lima bulan cedera di bahagian muka selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda di Taman Universiti Indah di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.44 malam.

Menurutnya, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah Toyota Alphard dan Toyota Hilux.

“Terdapat tiga mangsa di dalam Toyota Hilux iaitu seorang pemandu lelaki berusia 26 tahun dan penumpang wanita berusia 22 tahun yang masing-masing mengalami kecederaan ringan.

“Seorang bayi lelaki berusia lima bulan yang turut berada dalam kenderaan tersebut mengalami kecederaan pada bahagian muka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, wanita dan bayi berkenaan telah diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi menyelamat melibatkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai punca kemalangan atau keadaan pemandu Toyota Alphard dilaporkan setakat ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button