BERITA SEMASA

2 cedera kemalangan berhampiran Ibu Pejabat SPRM

PUTRAJAYA – Dua individu cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di Lebuh Wawasan berhampiran Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Presint 7, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya, PgB M. Haziq Hazmi, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.51 pagi.

Susulan itu, sebuah jentera bersama enam anggota digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan operasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah Honda City dan sebuah Isuzu D-Max.

“Hasil penilaian awal mendapati, seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan manakala seorang wanita mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Putrajaya,” katanya lagi.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 6.45 pagi dan kes seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button