Steven Sim ucap tahniah kepada Presiden baharu MTUC
KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mengucapkan tahniah kepada Datuk Abdul Halim Mansor atas pelantikan beliau sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang baharu.
Menurut beliau, ucapan tahniah itu telah disampaikan ketika berada di Sabah menerusi panggilan telefon kepada Abdul Halim.
“Ketika berada di Sabah, saya telah menghubungi Saudara Dato Abdul Halim Mansor untuk menyampaikan ucapan tahniah atas pemilihan beliau sebagai Presiden MTUC yang baharu,” katanya di Instagram milik beliau hari ini.
Steven berkata, dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam gerakan kesatuan sekerja, beliau yakin Abdul Halim mampu menerajui MTUC dengan penuh kebijaksanaan dan komitmen tinggi.
“Dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam gerakan kesatuan sekerja, saya yakin Dato’ Halim akan terus memimpin MTUC dengan penuh kebijaksanaan dan iltizam dalam memperjuangkan hak, kebajikan dan maruah pekerja di negara Malaysia,” katanya lagi.
Beliau turut menjemput barisan kepimpinan baharu MTUC untuk mengadakan kunjungan hormat ke pejabat beliau di Wisma Pekerja bagi memperkukuh hubungan dua hala.
“Saya turut menjemput kepimpinan MTUC yang baru melawat ke pejabat saya di Wisma Pekerja bagi memperbaharui kerjasama antara @MyKesuma dengan MTUC,” katanya.
Ujarnya, MTUC kekal sebagai rakan strategik penting kerajaan dalam merangka dasar yang adil dan progresif demi kepentingan pekerja di negara ini.
“MTUC kekal sebagai rakan strategik kerajaan dalam merangka dasar yang adil, progresif dan berpaksikan suara pekerja,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








