
13 Ahli Parlimen dilantik anggotai Friends of KESUMA
KUALA LUMPUR – Seramai 13 Ahli Parlimen daripada parti yang membentuk Kerajaan MADANI dilantik sebagai Friends of Ministry Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
KESUMA dalam satu kenyataan berkata, pelantikan di bawah inisiatif Friends of Ministry (FOM) yang diperkenalkan oleh Kelab Penyokong Kerajaan Madani (Backbenchers Club – BBC) itu merupakan satu langkah strategik bagi memperkasa hubungan antara KESUMA dengan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan.
Kenyataan itu memberitahu, Ahli-Ahli Parlimen yang dilantik akan menerima akses kepada bahan penyelidikan, taklimat dasar, serta sesi libat urus berkala bagi memperkukuh peranan mereka semasa sesi Pertanyaan Lisan dan perbahasan di Dewan Rakyat, selain mempertingkatkan keterlibatan bersama masyarakat.
“Melalui kerjasama ini, Friends of KESUMA akan memainkan peranan sebagai rakan strategik kementerian dalam memberi pandangan, menyumbang idea dan cadangan kepada KESUMA; memperjuangkan dasar, Rang Undang-Undang dan usul berkaitan yang dikemukakan oleh KESUMA; serta membantu membina naratif positif berhubung agenda reformasi pasaran buruh dan menyampaikan maklumat kepada rakyat,” kata kenyataan itu, hari ini.
Semasa majlis pelantikan itu, para anggota Friends of KESUMA turut diberikan penerangan terperinci berhubung misi strategik 3K (Kebajikan, Kemahiran, dan Keberhasilan pekerja) KESUMA dengan prinsip karamah insaniah atau maruah insan menjadi asas utama kepada keseluruhan usaha reformasi pasaran buruh dengan tekad dan keperluan untuk mengangkat martabat pekerja di Malaysia.
Senarai anggota FOM KESUMA
1) Datuk Mohd Shahar Abdullah (Ahli Parlimen Paya besar dan Ketua Penyokong Kerajaan MADANI)
2) Mordi Anak Bimol (Ahli Parlimen Mas Gading)
3) Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Ahli Parlimen Bandar Kuching)
4) Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin)
5) Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor)
6) V. Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah)
7) Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Ahli Parlimen Balik Pulau)
8) Prabakaran a/l M Parameswaran (Ahli Parlimen Batu)
9) Datuk Shamshulkahar Mohd Del (Ahli Parlimen Jempol)
10) Datuk Seri Saravanan a/l Murugan (Ahli Parlimen Tapah)
11) Ahmad Johnie Zawawi (Ahli Parlimen Igan)
12) Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)
13) Syerleena Abdul Rashid (Ahli Parlimen Bukit Bendera)
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















