
Kementerian Sumber Manusia dijenamakan sebagai KESUMA
PUTRAJAYA – Bermula 4 Mac, Kementerian Sumber Manusia akan dikenali dengan singkatan nama KESUMA.
Menurut kementerian berkenaan dalam satu kenyataan hari ini, penjenamaan semula itu telah dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Mac dan telah dipersetujui.
“KESUMA dipetik daripada suku kata awal frasa setiap perkataan Kementerian Sumber Manusia [KE.SU.MA]. KESUMA juga merupakan perkataan lama dalam Bahasa Melayu yang bererti ‘bunga’.
“Keindahan maksud bahasa ini bersesuaian dengan misi strategik 3K Kementerian, yakni memperkasakan Kebajikan, Kemahiran, dan Keberhasilan pekerja,” kata kementerian berkenaan dalam satu kenyataan, hari ini.
Kenyataan tersebut turut memberitahu bahawa nama singkatan KESUMA akan digunakan secara rasmi ke atas segala urusan berkaitan dengan Kementerian bermula 4 Mac.
Dalam dua bulan ini, selaras dengan misi strategik 3K, KESUMA telah memperkukuhkan kerjasama dengan kesatuan sekerja dan melaksanakan pembaharuan ke atas institusi Mahkamah Perusahaan Malaysia.
“(Kementerian) turut tegas memberi penekanan terhadap hak gaji pekerja, meluaskan liputan skim keselamatan sosial, mempertingkatkan kualiti latihan kemahiran, dan paling penting sekali, melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan tata kelola di kesemua jabatan dan agensi kementerian,” kata kenyataan itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















