Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 landa Temenggor, Gerik
PUTRAJAYA – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 pada skala Richter berlaku di Temenggor, Gerik, Perak pada jam 12.06 pagi, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu dikesan pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.
Menurut MetMalaysia, pusat gempa berkenaan terletak kira-kira sembilan kilometer timur laut dari Hulu Perak, Perak.
Gegaran dilaporkan dirasai di sekitar kawasan Gerik.
MetMalaysia berkata pihaknya akan terus memantau keadaan dan perkembangan berkaitan gempa bumi berkenaan.
Orang ramai yang merasai gegaran akibat kejadian itu diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat mengenai kesan gegaran yang dirasai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








