BERITA SEMASAPOLITIK

PRN Johor: Pemuda BN dijemput sertai sesi ‘Hard Talk’ bersama Dr Maszlee

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mengundang sayap Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk menyertai satu sesi dialog terbuka bertajuk ‘Hard Talk: Dr Maszlee Malik vs 41 Anak Muda’ yang dijadual berlangsung malam esok.

Menerusi jemputan rasmi yang dikongsikan, bekas Menteri Pendidikan itu mempelawa ahli-ahli Pemuda BN untuk mengambil bahagian dalam sesi perbincangan berkonsepkan ‘no holds barred’ bagi membincangkan pelbagai isu semasa secara terbuka dan kritikal.

Menurutnya, program berkenaan akan diadakan pada pukul 9 malam esok di Plato Coffee, Menara IIB dan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro AWANI.

“Program ini merupakan satu sesi perbahasan terbuka dengan konsep no holds barred, di mana anak muda berpeluang mengemukakan soalan-soalan keras dan kritikal secara langsung kepada Dr Maszlee Malik mengenai isu-isu semasa.

“Pihak penganjur turut menyediakan 10 slot khas kepada wakil Pemuda BN untuk menyertai sesi tersebut serta terlibat secara aktif dalam perbincangan,” katanya.

Tambah beliau, penyertaan Pemuda BN amat dialu-alukan bagi memastikan program tersebut menjadi platform perbincangan yang seimbang, matang dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Dr Maszlee, yang merupakan calon PH bagi DUN Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, kini berdepan persaingan lima penjuru dalam usahanya menawan kerusi berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button