Dua pelajar bergaduh di padang bola: Polis jalankan siasatan menyeluruh
SHAH ALAM – Pihak polis telah memulakan siasatan terhadap kes pergaduhan membabitkan dua pelajar yang berlaku di padang bola Masjid Ubudiah, Seksyen 19, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya memaklumkan bahawa laporan telah dibuat oleh bapa kepada salah seorang pelajar yang terlibat dalam kejadian itu.
Beliau berkata, kedua-dua pelajar berusia 13 dan 14 tahun terbabit dilaporkan saling mengenali serta bersekolah di tempat yang sama, menurut siasatan awal.
“Insiden pergelutan kira-kira pada pukul 1 petang itu hanya berlaku antara dua pelajar terbabit dan dipercayai turut disaksikan beberapa pelajar.
“Mangsa berusia 13 tahun menerima rawatan di Hospital Shah Alam dan disahkan mengalami ‘soft tissue injury’,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh dan memanggil semua saksi terlibat.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436 atau balai polis berdekatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






