JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak, lelaki maut motosikal dirempuh Proton Waja

KUALA KUBU BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang lelaki dewasa maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta Proton Waja di Jalan Ampang Pecah-Rasah di sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada pukul 12.14 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 21 kilometer dari balai sebelum tiba pada pukul 12.35 pagi.

“Komander operasi memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja dan sebuah motosikal.

“Terdapat tiga mangsa terlibat dengan dua daripadanya iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa wanita mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button