Aktivis GSF 2.0 dijangka tiba di KLIA malam ini
KUALA LUMPUR – Seramai 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dan ditahan tentera Israel sebelum ini dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 malam ini.
Menerusi hantaran Sumud Nusantara Official di Instagram, orang ramai dijemput hadir ke Balai Ketibaan Domestik bermula pukul 9 malam bagi menyambut kepulangan delegasi dan aktivis kemanusiaan terbabit.
Menurut hantaran itu, kesemua peserta Malaysia telah dibebaskan hasil rundingan diplomatik berterusan melibatkan Kerajaan Malaysia, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Turkiye serta pelbagai pihak berkaitan.
“Sambutan ini adalah bentuk solidariti rakyat Malaysia bagi meraikan kepulangan wira kemanusiaan yang telah mengangkat suara Palestin ke pentas dunia.
“Pihak Sumud Nusantara merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa dan sokongan yang diberikan sejak hari pertama misi ini digerakkan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan seramai 428 aktivis GSF 2.0 termasuk 29 rakyat Malaysia ditahan tentera Israel selepas misi kemanusiaan itu dipintas di perairan antarabangsa ketika dalam perjalanan ke Gaza.
Kesemua mereka dilaporkan telah dibebaskan kelmarin dan dibenarkan pulang ke negara masing-masing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








