BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Eskayvie lancar Modul B.R.A.I.N sempena ulang tahun ke-17

SHAH ALAM – Syarikat kesihatan tempatan, Eskayvie terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri apabila melancarkan Modul B.R.A.I.N iaitu sebuah kerangka Brain & Emotional Wellbeing Framework sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-17.

Pengarah Urusannya, Dr Kartika Wati Mohamed berkata, modul berkenaan dibangunkan melalui kolaborasi bersama Technical Working Group (TWG) yang terdiri daripada pakar-pakar AAA Vision Academy, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Nutrition Society Malaysia (NSM).

Menurut beliau, kerjasama itu bertujuan membantu menyokong fokus, kestabilan emosi dan kesejahteraan murid dalam mendepani cabaran gaya hidup moden masa kini melalui kerangka pendidikan berkaitan pemakanan, kesejahteraan emosi dan gaya hidup sihat secara lebih holistik khusus untuk generasi masa hadapan.

“Melalui pelaksanaan secara berperingkat, modul ini dirancang untuk diperluaskan ke sekolah-sekolah di seluruh negara dengan sasaran memberi manfaat kepada lebih sejuta murid kerana pembangunan generasi masa hadapan memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh dan kolaboratif.

“Eskayvie percaya pembangunan negara bermula daripada pembangunan insan di mana dalam dunia hari ini, anak-anak bukan sahaja berdepan tekanan akademik, tetapi juga cabaran emosi, digital dan gaya hidup yang semakin kompleks.

“Sebab itu kami mahu membawa satu pendekatan yang lebih besar bukan sekadar melalui produk, tetapi melalui pendidikan, penyelidikan dan pembangunan ekosistem kesejahteraan yang lebih holistik untuk masyarakat,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan ulang tahun penubuhan syarikat itu yang ke-17 bertemakan “17 Years of Excellence, Transforming Lives Together” semalam.

Baca juga : Eskayvie angkat isu nutrisi minda, raikan 600 pelajar cemerlang SPM

Majlis yang berlangsung di Akademi Eskayvie di sini turut dihadiri duta Eskayvie, Aznil Nawawi serta menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Eskayvie bersama UKM, UMK dan NSM.

eskayvie
Eskayvie mengumumkam penubuhan Eskayvie Research & Innovation Centre iaitu sebuah pusat pembangunan strategik yang akan menjadi hab rujukan dalam bidang kajian klinikal, penyelidikan saintifik, pendidikan kesihatan awam, inovasi formulasi serta penerokaan teknologi kesihatan baharu.

Pada majlis sama, Eskayvie turut melancarkan beberapa inisiatif strategik berskala besar termasuk penubuhan Eskayvie Research & Innovation Centre yang bakal menjadi hab rujukan dalam bidang kajian klinikal, penyelidikan saintifik, pendidikan kesihatan awam, inovasi formulasi serta penerokaan teknologi kesihatan baharu.

Selain itu, syarikat berkenaan turut memperkenalkan kemasan baharu Eskayvie Diffenz dan Eskayvie Diffenz Junior yang menyokong kesihatan sistem imun seisi keluarga sejajar dengan evolusi jenama itu sebagai syarikat kesihatan bertaraf antarabangsa.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Eskayvie merangkap Ketua Penyelidik dan Inovasi, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkata, pelancaran Modul B.R.A.I.N menjadi sebahagian daripada hala tuju strategik syarikat dalam memperkukuhkan agenda penyelidikan, inovasi dan pembangunan formulasi berasaskan sains.

“Anak-anak hari ini mengalami brain fatigue, hilang fokus dan gangguan emosi akibat screen time berlebihan, kurang tidur, tekanan gaya hidup dan nutrisi yang tidak seimbang.

“Apa yang mereka makan mempengaruhi bagaimana mereka berfikir, belajar dan mengawal emosi. Sebab itu kami percaya penyelesaian kepada cabaran ini memerlukan gabungan pendidikan, intervensi kesejahteraan dan sokongan nutrisi yang lebih menyeluruh,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button