BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Eskayvie angkat isu nutrisi minda, raikan 600 pelajar cemerlang SPM

SHAH ALAM – Lebih 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari seluruh negara diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic 2026 di sini, semalam.

Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed berkata, kejayaan anak-anak masa kini tidak boleh diukur semata-mata melalui pencapaian akademik, sebaliknya perlu dilihat secara holistik termasuk aspek pemikiran kritis, daya tahan dan kebolehsuaian dalam dunia yang semakin mencabar.

“Potensi anak tidak hanya dibina di dalam bilik darjah, tetapi bermula dari rumah melalui pemakanan seimbang, sokongan emosi konsisten, tidur mencukupi serta persekitaran pembelajaran yang tenang,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, program yang menekankan kepentingan sokongan pendidikan bermula dari rumah sebagai asas utama pembangunan potensi anak-anak itu menghimpunkan pelajar serta ibu bapa dalam suasana penuh inspirasi, sekali gus menjadi platform penghargaan terhadap kejayaan akademik dan perkembangan potensi generasi muda.

Majlis tersebut merupakan kesinambungan kempen “Booster Minda: Serlahkan Potensi Anak Anda” yang digerakkan Eskayvie bagi menekankan bahawa kejayaan pelajar tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil gabungan usaha berterusan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru dan persekitaran pembelajaran.

eskayvie
Lebih 600 pelajar SPM 2025 diraikan dalam Majlis Eskayvie, fokus pembinaan potensi anak melalui sokongan emosi, keluarga dan nutrisi minda.

Mengulas lanjut, Dr Kartika berkata, pelaburan terbaik ibu bapa hari ini adalah terhadap nutrisi minda anak-anak selain sokongan emosi, perhatian dan persekitaran yang sihat bagi memastikan perkembangan optimum.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan & Inovasi Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkata, pendekatan pendidikan hari ini perlu lebih menyeluruh dengan mengambil kira aspek nutrisi, emosi dan rutin konsisten bagi menyokong prestasi pelajar.

Menurutnya, cabaran seperti mudah hilang fokus dan motivasi dalam kalangan pelajar sering kali disalah tafsir, sedangkan ia boleh berpunca daripada keperluan sokongan nutrisi minda yang tidak mencukupi.

Dalam pada itu, majlis turut menampilkan dua kategori pengiktirafan iaitu Pelajar Semua A dan Peningkatan Cemerlang bagi meraikan bukan sahaja keputusan akademik tertinggi, malah usaha peningkatan luar biasa pelajar.

Program berkenaan turut dihadiri tokoh dan figura awam termasuk Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkongsi pandangan mengenai disiplin, fokus dan daya tahan dalam mencapai kejayaan.

Turut hadir wakil Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyatakan sokongan terhadap usaha memperkukuh pembangunan potensi pelajar di peringkat nasional.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button