Dari gagal Matematik ke 8A SPM, kebangkitan Yasmin jadi inspirasi
KUALA LUMPUR – Bermula dengan keputusan Matematik sekadar gred D, siapa sangka seorang pelajar mampu bangkit meraih 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, sekali gus mencetuskan kisah inspirasi yang menyentuh hati.
Ibu kepada pelajar berkenaan, Nor Emilina Hasliza Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila mengenang perjalanan anak bongsunya, Nur Widyatul Yasmin Roslee yang sebelum ini berdepan kesukaran dalam subjek tersebut.
Menurutnya, kebimbangan mula timbul apabila prestasi Matematik anaknya merosot dalam ujian bulanan dan peperiksaan percubaan.
“Yasmin pernah mengadu pencapaiannya dalam Matematik semakin merosot. Sebagai ibu, saya sangat risau dan cuba mencari kelas tambahan untuk membantunya.
“Setiap hari pukul 3 pagi, dia minta dikejutkan untuk ulang kaji. Saya sendiri lihat bagaimana dia berhempas pulas,” katanya ketika ditemu bual media.
Walaupun pihak sekolah menyediakan kelas tambahan, Yasmin merasakan usaha itu masih belum mencukupi sehingga meminta untuk mengikuti tuisyen luar walaupun jadual hariannya padat.
Nor Emilina berkata, pada awalnya beliau menerima pelbagai pandangan termasuk yang menganggap tuisyen sebagai pembaziran, namun tetap meneruskan pencarian sebelum menemui Aster Edu melalui media sosial.
Katanya, selepas meneliti maklum balas dan testimoni, beliau mengambil keputusan mendaftarkan anaknya mengikuti kelas berkenaan.
“Hanya selepas sebulan mengikuti kelas di Aster Edu, saya nampak perubahan ketara apabila Yasmin lebih seronok dan berminat dengan Matematik. Keputusan peperiksaan percubaan juga meningkat daripada gred D kepada C,” ujarnya.
Sementara itu, Yasmin yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Besut, Terengganu melahirkan rasa syukur kerana berpeluang mengikuti kelas di bawah bimbingan Cikgu Shahrin Zikri.
Katanya, pendekatan pengajaran yang digunakan memudahkannya memahami topik sukar seperti Algebra.
“Di sekolah, guru mengajar ramai pelajar, tetapi di Aster Edu lebih fokus kepada individu, itu yang membantu saya lebih faham.
“Kelas percuma selama sebulan juga memberi peluang untuk saya mencuba sebelum menyertai kelas seterusnya,” katanya.
Yasmin yang bercita-cita menjadi guru bahasa Inggeris turut menggalakkan pelajar lain yang bakal menduduki SPM agar tidak mudah berputus asa dan berusaha mencari kaedah pembelajaran yang sesuai.

Dalam pada itu, Pengetua Aster Edu, Shahrin Zikri Shahrizaman menyifatkan Yasmin sebagai pelajar berdisiplin, komited serta aktif bertanya ketika sesi pembelajaran.
“Saya sentiasa tekankan kepentingan komitmen dan disiplin kepada pelajar. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memahami keperluan serta kelemahan anak-anak,” katanya.
Tambah beliau, Aster Edu akan memperkenalkan Program Transformasi Straight A’s SPM tahun ini bagi membantu lebih ramai pelajar, termasuk calon SPM 2026, mencapai keputusan cemerlang.
Sehubungan itu, ibu bapa yang mempunyai anak Tingkatan 5 disaran mengambil peluang menyertai “Program Transformasi Straight A’s SPM” yang ditawarkan secara percuma.
“Jom sertai “Program Transformasi Straight A’s SPM” untuk bantu anak mencapai kejayaan. Program ini 100 peratus percuma untuk pelajar SPM. Layari www.transformasispm.com.my untuk maklumat lanjut,” katanya.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari www.transformasispm.com.my
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








