PM gesa aktivis GSF 2.0 dibebaskan segera
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang bekerjasama rapat dengan beberapa negara sahabat bagi memastikan semua aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata Malaysia turut menuntut agar kesemua aktivis terbabit tidak dizalimi atau dikenakan layanan tidak berperikemanusiaan sepanjang tempoh tahanan.
“Saya sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan semua aktivis yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera.
“Malaysia menuntut agar mereka tidak dizalimi, dihalang hak kemanusiaan atau dikenakan sebarang tindakan tidak berperikemanusiaan hanya kerana membawa suara keamanan dan bantuan kemanusiaan buat rakyat Palestin,” katanya.
BACA JUGA:
GSF 2.0: Empat rakyat Malaysia masih teruskan pelayaran ke Gaza
Malaysia kecam Israel, tuntut keselamatan dan pembebasan segera tahanan GSF 2.0
Beliau turut menitipkan doa agar segala usaha bagi menyelesaikan isu berkenaan dipermudahkan.
“Hasbunallah wa ni‘mal wakil,” katanya.
Terdahulu, beberapa kapal yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 dilaporkan dipintas tentera Israel ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza bagi membawa bantuan dan menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin.
Sumud Nusantara Official melaporkan, empat rakyat Malaysia masih meneruskan misi pelayaran tersebut setakat pagi ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















