BERITA SEMASALUAR NEGARA

Kanak-kanak 2 tahun maut, ibu kritikal dalam kemalangan di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala ibunya kritikal selepas motosikal dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tembok batu di bahu jalan di Jalan Song Ban Kheng, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Senior Asisten Komisioner Helmi Aris, dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, wanita tempatan berusia 30 tahun mengalami kecederaan parah di kepala.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam.

“Seorang lagi kanak-kanak berusia tujuh tahun cedera ringan manakala seorang lagi berusia lima tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Helmi berkata mangsa yang cedera kini dirawat di hospital sama.

Berita kemalangan itu tular di media sosial malam tadi apabila netizen berkongsi kesedihan melihat gambar dua kanak-kanak yang berdiri disamping adik mereka yang telah meninggal dunia.

Difahamkan, wanita itu membonceng tiga anaknya untuk menghantar mereka ke sekolah sebelum motosikal ditunggangi hilang kawalan dan terbabas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button