SUKAN

SUKMA Selangor: Keputusan muktamad 30 April

KUALA LUMPUR – Keputusan berhubung penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) di Selangor akan dimuktamadkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada 30 April ini.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Taufiq Johari berkata, kerajaan negeri Selangor telah menunjukkan komitmen awal termasuk menyediakan peruntukan, namun di peringkat Kabinet terdapat pandangan supaya kos ditanggung sepenuhnya oleh negeri tuan rumah.

“Perkara ini masih dalam perbincangan dan akan diperhalusi dalam mesyuarat khas nanti,” katanya.

Menurut beliau, keputusan itu turut mengambil kira titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang mencadangkan agar SUKMA ditangguhkan.

“Kita menghormati titah Tuanku, namun keputusan akan dibuat secara kolektif,” katanya.

Tambahnya, antara faktor dipertimbang termasuk keperluan penganjuran, kesiapsiagaan atlet serta implikasi jika ditangguhkan atau dibatalkan.

Beliau berkata, pihaknya juga masih menunggu surat rasmi daripada kerajaan negeri Selangor berhubung pendirian semasa.

Dalam pada itu, persiapan SUKMA telah berjalan sejak dua hingga tiga tahun lalu termasuk pembangunan fasiliti sukan, justeru sebarang keputusan perlu diteliti secara menyeluruh.

Katanya, antara pilihan ialah menyesuaikan skala penganjuran mengikut keadaan semasa.

Setakat ini, persiapan atlet di peringkat negeri berjalan seperti biasa sementara semua pihak menunggu keputusan muktamad.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button