BERITA SEMASA

‘Tahniah Kedah akhirnya ikut langkah Kerajaan MADANI’ – Tunku Nashrul

ALOR SETAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah menyambut baik keputusan kerajaan negeri untuk melaksanakan langkah penjimatan dalam pengurusan kewangan sebagai usaha menghadapi tekanan kos semasa dan ketidaktentuan ekonomi global.

Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Tunku Nashrul Abaidah berkata, pendekatan itu dilihat selari dengan dasar Kerajaan Persekutuan yang menekankan pengurusan kewangan berhemah dan disiplin fiskal.

Menurut beliau, walaupun langkah tersebut agak lewat, ia tetap merupakan perkembangan positif yang menunjukkan kesediaan kerajaan negeri untuk menyesuaikan dasar dengan realiti ekonomi semasa.

“Dalam keadaan krisis yang semakin kompleks, kerajaan negeri tidak boleh terus terperangkap dalam pendekatan populis sebaliknya perlu memberi keutamaan kepada penyelesaian yang praktikal dan bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, PKR Kedah berharap langkah penjimatan itu dilaksanakan secara konsisten dan bukan bersifat sementara demi memastikan kestabilan kewangan negeri terus terpelihara.

Tunku Nashrul berkata, rakyat Kedah menaruh harapan agar langkah penjimatan yang diperkenalkan kerajaan negeri dilaksanakan secara konsisten dan tidak bersifat sementara.

Menurut beliau, sebarang perubahan ke arah disiplin fiskal wajar disokong meskipun mengambil masa untuk direalisasikan sepenuhnya.

“Ironinya, pendekatan ini pernah dipersoal dan diperkecilkan. Hari ini, pendekatan yang sama dijadikan sandaran.

“Jika ini permulaan kepada perubahan tersebut, maka ia wajar disokong, meskipun mengambil masa untuk sampai ke tahap ini,” ujarnya.

Sementara itu, pada Khamis, media melaporkan kerajaan negeri akan mempercepatkan pelaksanaan langkah kawalan perbelanjaan sejurus sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berakhir.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, langkah tersebut dilaksanakan lebih awal berbanding amalan biasa yang lazimnya dibuat sekitar Jun atau September setiap tahun.

Beliau berkata, antara pendekatan yang akan diambil termasuk menangguhkan projek pembangunan yang tidak mendesak, manakala projek yang telah diluluskan akan diteruskan mengikut perancangan sedia ada.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button